BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Metrology

Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk mengenal pelbagai jenis keluli.

1.     Kod Warna

Kcluli daripada berbagai-bagai jenis dan gred biasanya diwamakan dengan wama tertentu di babagian hujunguya. Tetapi cara ini banyak kelemahannya kerana selain daripada wamanya mudah hilang (sebab terpotong), kandungan karbonnya tidak dapat diketahui

2.     Memerhatikan dengan Mata Kasar

Melalui pengalaman, setengah-setengah keluli dapat dikenali dengan melihat dengan mata kasar sahaja, iaitu berpandukan sifat-sifat  fizikalnya seperti kcluli hitam atau keluli kilat.

3.     Ujian Magnet

 Kebanyakan logam ferus tertarik kepada magnet, tetapi logam bukan ferus tidak tertarik langsung kecuali nikel.

4.     Ujian Menguris

Logam lembut akan meninggalkan kesan calar apabila diguris.

5.     Ujian Mengikir

Apabila mengikir permukaan logam keras terutama sekali keluli yang dikeraskan, kikir akan menggelongsor tanpa memotong bahan.


6.     Ujian Bunga Api

Apabila mencanai sebarang logam, ia akan mengeluarkan bunga api. Setiap logam akan mengeluarkan bunga api yang berlainan bergantung pada kekerasannya.


(a)   Keluli berkarbon rendah


          Bunga apinya berjalur panjang kuning cerah, percikan bunga apinya tidak banyak.                                                

(b)   Keluli berkarbon sederhana

          Hampir sama dengan keluli berkarbon rendah, percikannya lebih banyak.

(c)   Keluli berkarbon tinggi

          Percikan bunga apinya kecil, pendek, banyak, berwarna kuning, memercik mengikut putaran roda.

(d)   Keluli tahan lasak

          Bunga apinya panjang dan tidak pecah sebaliknya membalut di bahagian hujung.

(e)   Besi tuang

          Warna bunga apinya bertukar daripada merah kepada   kuning keemasan, berbentuk bulat seperti peluru di bahagian hujungnya.